Haram Celebrate APRIL FOOL !
- APA ITU APRIL FOOL (1 APRIL)
- April Fool ialah suatu sambutan
jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim.
- Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan.
- April Fool, berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
- April Fool
sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan
berbohong kepada orang lain.
- April Fool
adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat
Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan.
Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan
penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau
gurauan sahaja.
2. SIAPA YANG TERLIBAT ?
Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool—yang
hanya berlaku pada tanggal 1 April—adalah hari di mana kita boleh sahaja
menipu rakan, orang tua, saudara, atau orang lain, dan yang terkena tidak boleh
marah atau emosi ketika sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April
Fool.
Biasanya mangsa penipuan, jika sudah sedar terkena
April Fool, maka dirinya juga akan tertawa atau membebel, dan tidak marah
secara serius.
Walaupun belum sepopular perayaan tahun baru atau
Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad terakhir memperlihatkan
kecenderungan yang makin menebal didalam masyarakat kita. Terutama di
kalangan anak muda.