Cinta Sunan Dan Sang Ratu



PUISI CINTA ANTARA DUA INSAN :)
Jasad penat terbaring 
mata ku melirik pada kitab di tangan 
dalam hati membaca 
menghayati setiap bait-bait kata RAM...

kepanasan menyelubungi dinding bilik ku 
pintas ku bangun duduk diatas kerusi 
dibelakangi kipas angin pantas berpusing-pusing
mengeringkan titik peluh didahi...

kelopak mata berat 
umpama air hujan dalam takungan awan 
melimpahkan air dari tempat asalnya 
tidak ku sangka akhirnya tertutup jua mata itu
memaksa hati melayani perasaan 
sehingga ke lautan Hindi 
apalah ceritanya selepas ini.. 
ini puisi bukan MH370 tetapi 
Cinta Sang RATU sedang menyelubungi diriku...

tangan memaut Kitab sang ratu 
rapi disebelah jasad ku 
sedangkan lamunan ku terus berkhayal 
melayani tidur selepas asar menjemput...

jari-jari ku diselakan 
dibahagian akhir pembacaan sang ratu 
berhenti aku seketika 
melayani karenah hati kecilku
yang telah diselimuti oleh cinta...
cinta antara dua insan ... 
[Sunan dan Ratu]



Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA