HARI RAYA DISAMBUT DENGAN SEDERHANA 2014

HARI RAYA: APA ITU?

Menurut  bahasa, raya ertinya besar atau utama atau  bermaksud hari yang besar atau hari yang utama .

dalam kata lain ia dipanggil sebagai Hari raya puasa.
Dalam Islam ia dipanggil sebagai Eid Fitr. Eid itu maksudnya mengembalikan. Fitr itu fitrah. 
Secara keseluruhannya Eidil Fitri  ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni.
 Selain itu, eidil fitri juga bermaksud membersih dan menyucikan fitrah. 
Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan. Jadi dengan adanya BULAN RAMADHAN yang MULIA INI kita dapat menyucikan diri daripada tercemar dalam kekhilafan didunia.
Oleh hal demikian, Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakanNya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula. Contohnya hal yang wajib kita sebagai umat ISLAM lakukan ialah :-

PUASA :)

Puasa itu mampu membersih dan menguatkan fitrah yang  lahir dan juga batinnya. Puasa juga bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum. Namun begitu, dalam konteks hubungan dengan isteri di siang hari; mata kita, telinga kita dan lidah kita pun ditahan dari melihat, mendengar dan berkata perkara-perkara yang mungkar. Akal kita ditahan dari memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang haram dan jahat. Hati kita ditahan dari merasakan perkara-perkara yang ditegah seperti marah, hasad dengki, buruk sangka, berdendam dan sebagainya. Nafsu kita dikekang dan ditahan supaya dia tidak jahat, tidak rakus dan tidak terlalu gilakan dunia.


Bulan Ramadhan adalah bulan berkat dan penuh rahmat.Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Bulan syaitan dibelenggu. Bulan di mana pahala amalan dan ibadah dilipat gandakan dan doa diterima. Ia adalah bulan maghfirah dan keampunan. Malahan Tuhan memberi pahala terhadap ibadah puasa tanpa hisab. Kalau dalam ibadah lain, pahala yang Tuhan beri itu ada sukatan dan skalanya, tetapi bagi ibadah puasa ini, pahalanya ikut suka Tuhan. 
Justeru itu, 1 Syawal sebenarnya ialah hari murung dan hari kesedihan. Hari berakhirnya  bulan berkat dan bulan rahmat. Hari berakhirnya bulan keampunan. Hari terbuka semula pintu neraka dan bebasnya para syaitan.

Bermula pada 1 Syawal, dunia akan mula mengkeronyok dan merobek-robek fitrah kita; mengotori, mencemari dan merosakkannya hinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya. Belum tentu kita dapat temuinya kalau ajal tidak mengizinkan. 
itulah dia gelagat kita sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba pada tahun hadapan.
Semoga kita menemui ajal dalam keadaan yang beriman. Amin Ya rabbal Alamin.
Sekian :)



3 GAMBAR TERATAS DIBERI OLEH KAWAN NON-MUSLIM SAYA :)
TERIMA KASIH DIUCAPKAN <3


DARI SAYA : SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN :)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA