PUISI ILMU - ( POLITIK )

Puisi ni ana buat semasa tengah jawab exam MUET,
Tiba-tiba dapat ilham untuk buat PUISI baru.
Selamat membaca, komen anda dialu-alukan. :)





ILMU...

MEREKA terkenal kerana ILMU,
MEREKA dihina kerana ILMU,
MEREKA dikenal ramai manusia
Pelbagai jenis bangsa, kaum dan Agama,
Kerana ILMU, MEREKA Bijak,
Kerana ILMU, MEREKA berusaha untuk menggapai cita-cita,
Kerana ILMU, MEREKA mengkritik dan menyindir makhluknya,
ILMU yang dimiliki membuatkan MEREKA teguh pada pendirian,
Yakin pada diri dengan olahan yang diluahkan itu,

AKU...
Memerhati setia bait-bait hujah MEREKA, Sangat pelbagai...
Yang pelbagainya dari segi UMUR, TAHAP PENDIDIKAN, dan LATAR BELAKANGNYA,
Jangan kerana ILMU, KITA binasa pada hukum ALLAH,
Membidas ILMU sehingga lupa bahawa AGAMA MU adalah sebaik-baik AGAMA,
Gunakan ILMU itu sebaik-baiknya,

AKU...
Ketawa sendiri,
Kerana ILMU jua AKU mencipta PUISI ini,
Ku tulis ILMU, Namun dipunyai pelbagai watak di atas pentas DUNIA,

Satu lagi ingin ku katakan
Kerana ILMU, KITA disatukan,
Kerana ILMU itu juga,
KITA bercerai berai - membawa haluan masing-masing...

SEKIAN - WASSALAM

nukilan Iwani Alias 

11;45am13 Ogos 2014.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA