Amalan Pada Akhir Tahun (zulhijjah) dan 1 Muharram

TAJUK : JOM BERPUASA – AKHIR BULAN ZULHIJJAH DAN AWAL MUHARAM BERSERTA HARI ASYURA


  1. berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah . dengan niat : SAHAJA AKU BERPUASA SUNAT PADA ESOK HARI KERANA ALLAH TA’LAA. (niat pada malam ini-28 Zulhijjah) maka  bermula pada 29 zulhijjah , anda hendaklah membaca DOA AKHIR TAHUN(3Kali) – selepas waktu ASAR sebelum menjelangnya waktu MAGHRIB . dan pada hari terkahir bulan zulhijjah iaitu pada 30 Zulhijjah (masih berpuasa), anda hendaklah membaca doa AWAL TAHUN  selepas melakukan solat FARDHU MAGHRIB .
  2. Berpuasa pada berikutnya – 1 MUHARAM
Niat puasanya – SAHAJA AKU BERPUASA ESOK HARI SUNAT HARI ASYURA KERANA ALLAH TA’ALA. 
Setelah melakukan solat subuh – boleh lah dibaca doa AWAL MUHARAM. Dan bacalah gabungan ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.
Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

“Sebaik-baik puasa setelah Ramadlan adalah puasa di bulan Allah, bulan Muharram.” (HR. Muslim)

3. Berpuasa pada 9 (Puasa Tasu’a) dan 10 Muharam (HARI ASYURA) / 11 Muharam.

“Puasalah hari Asyura’ dan jangan sama dengan model orang yahudi. Puasalah sehari sebelumnya atau sehari setelahnya.” (HR. Ahmad, Al Bazzar).
  1. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa - barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan memberi pahala  10,000 haji dan umrah dan 10.000 orang syahid.
  2. Sunat pula bagi orang yang berpuasa membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah mengangkat darjatnya ke syurga kelak.
  3. Pada hari Asyura, Allah menjadikan tujuh petala langit dan bumi, bukit-bukau, bintang-bintang di tangit, Loh dan Qalam, Bapa manusia Adam a.s. dan ibu Hawa serta me-masukkan keduanya di syurga.
  4.  Nabi Ibrahim a.s. diputerakan dan diselamatkan dari dibakar api kekejaman Raja Namrud pada hari itu.
  5. Taubat Nabi Adam a.s. diterima dan dibukakan bala bagi Nabi Ayub serta diampun dosa Nabi Daud a.s.,
  6. kerajaan Nabi Allah Sulaiman dikembalikan, tenggelamnya Firaun dan terselamatnya bahtera Nabi Noh a.s.

Bilakah ‘Asyura? Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha‘ berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 10 Muharram.

Bila Sunnah Puasa?
-Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.-Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari ‘Asyura‘).-Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.-Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.-Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.

research : file:///C:/Users/user/Documents/AWAL%20MUHARRAM%20(DOA%20akhir%20dan%20awal%20tahun)%20%20%20MENDAULATKAN%20MARTABAT%20BANGSA.htm
file:///C:/Users/user/Documents/Amalan%20Hari%20Terakhir%20Tahun%20Hijrah%20dan%20Awal%201%20Muharram%20%20%20Shafiqolbu.htm
file:///C:/Users/user/Documents/Hukum%20yang%20disebutkan%20oleh%20para%20Fuqaha%E2%80%99%20berkaitan%20Hari%20Asyura%20%20%20Shafiqolbu.htm


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA