In Memories Pra U Smk Mantin STPM Haunted House Hari Kantin


Haunted house : aktiviti yang dicadangkan oleh kami semasa kami di tingkatan 6 bawah kemanusiaan sempena Hari Kantin. Dan sebahagian perempuan yang lain berniaga di bahagian kiosk yang telah di sediakan. Pada tahun 2013 iaitu semester pertama ku di SMK Mantin. Siapa sangka yang aku akan menjejaki kaki di SMK Mantin.  Tanpa diduga sebenarnya ini semua bermula daripada perubahan diri sendiri manakala Allah pula antara yang membantu serta permudahkan perjalanan seseorang hamba itu. Perjalanan itu harus dicari, bukan ditunggu – kalau tak sampai berumur 20-an mungkin pelajaran ku hanya bertarafkan SPM sahaja.  Di situ juga, ku temui rakan sekolah lama (SMK DKP) Nabila, Nofa, Alif, Ng, Ho dan aku sendiri masih bertahan di tingkatan 6. Malah , ku mula mengenali orang-orang yang asalnya memang bersekolah di situ.



 Berbalik pada Haunted House, aku mula memerhati gelagat rakan-rakan dalam berusaha mendapatkan untung dan keseronokan dalam perniagaan diiringi gelak tawa yang sentiasa terngiang-ngiang difikiranku.  Rakaman-rakaman video yang disimpan olehku menjadi pengubat rinduku pada mereka. #VeryFun video tu aku tak mampu dipadam kerana aku rasa ia bagaikan satu khazanah yang tak dapat di cari semula.  Begitu jua dengan senyuman guru-2 Tingkatan 6.  Banyak membantu pelajar tingkatan 6 untuk membentuk modal insan yang mencintai Negara.

Di semester pertama, pengajian Am merupakan subjek kegemaran ku. Yang terdiri soalan objektif, struktur dan esei. Banyak yang dapat diketahui oleh aku tentang isi-isi yang terdapat dalam perundangan Negara Malaysia. Sangat beruntung aku dibuatnya! Ingat lagi Cikgu Lela kata : apa yang form 6 dapat, dekat U lain takkan dapat. Terima kasih cikgu kerana mendidik saya dan rakan-rakan yang lain.
  Subjek seni: kadang-kadang ada orang Tanya aku ‘’macam mana kau pandai melukis?’’ Allah, actually diri sendiri pun tak ketahui mana anugerah itu dating mungkin semulajadi agaknya-jawabku . di sekolah Rendah sahaja aku perkembangkan kemahiran seni ku, apabila masuk ke sekolah menengah subjek seni itu seakan-akan hilang Cuma kelas bawahan sahaja yang dapat belajar seni berbanding aku. Namun aku bersyukur bila masuk TINGKATAN 6, ku terus ambil subjek seni walaupun dalam SPM tiada subjek ART yang aku ambil, jadi pengajaran disitu SENI is pembelajaran yang halus dan boleh dipelajari dalam diam Cuma inginkan kejayaan yang gemilang kita perlukan usaha yang jitu untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap perkara.
Seterusnya, pengajian perniagaan: WOW! Bisnes eh…. Emm… ade kira-kira ke ni? #almaklumlah , matematik tak berapa lulus sangat. Namun , nasib baik PP banyak membaca ayat-ayat yang panjang tu-.- masa tu Cikgu Suhaila yang ajar.  Nampak garang tapi actually kelakar… orang yang tak betul-2 menilai je yang tak tahu yang dia macam mana. Alhamdulillah, semasa semester pertama kira oklah dekat tingkatan 6 tu…. Result pun ok je (but not for bisnes). Cuma satu ayat yang membuat aku teringat : kita kena kenal dan cinta benda tu (buku bisnes) supaya nanti masuk dalam otak kita. 
- bahasa Melayu :
bersambung









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA