KESALAHAN DALAM SOLAT - kesalahan Bilal
KESALAHAN DALAM SOLAT
A. KESALAHAN
PARA MUAZIN (BILAL)
1. Menambahkan
kalimat dan doa sebelum melaungkan azan mahupun sesudahnya.
Sebahagian Muazin mencipta sendiri berbagai
kalimat yg tidak disebutkan dalam As-Sunnah. Mereka membaca kalimat tersebut sebelum
atau sesudah azan.
Menurut Imam Ibnu Taimiyah mengatakan, ‘’ Adapun selain
azan….seperti membaca tasbih, pujian, menguatkan suara ketika membaca doa dan
selainnya dengan menggunakan pembesar suara adalah sama sekali tidak
disunnahkan (menurut pendapat para imam). Bahkan, para pengikut mazhab Imam Malik, Imam Syafie dan Imam
Ahmad menyebutkan bahawa perbuatan ini termasuklah perbuatan bidaah yang
dibenci.’’
2. Melaungkan
dan menyanyikan azan.
Antara perbuatan bidaah yang dicela ialah
melaungkan dan menyanyikan azan kerana perbuatan seperti ini dapat mengubahkan huruf, harakat, huruf yang
disukun, mengurangkn serta menambahkan lantaran menjaga irama nyanyian.
Malah, perbuatan seperti ini juga tidak
diperbolehkan dalam bacaan Al-Quran.
Demikian juga, tidak diperbolehkan mendengarnya kerana perkara itu merupai perbuatan orang fasik ketika
mereka berada dalam kefasikan. Perubatan ini telah terpesong dari yang
diketahui dalam syariat azan.
3. Azan
Sultani dan Azan Jauq (azan secara berkumpulan)
Bermaksud : beberapa bilal mengumandangkan azan dalam satu suara secara serentak. Menurut pendapat
Asy-Syeikh Ali Mahfuz dalam karyanya Al-Ibda’fi Madharil Ibtida’ berkata :
‘Di antara perkra bidaah adalah azan secara berjemaah yang terkenal dengan Azan
Sultani dan Azan Jauq.
Semua jenis azan tersebut merupakan perbuatan
tercela dan makruh lantaran di dalamnya mengandungi lagu serta nyanyian dan
memesongkan kalimat-kalimat azan dari susunan Arabnya dan cara syarie dengan
bentuk yg buruk.
Disebabkan perkara itu, kulit yg masih hidup
akan bergetar dan jiwa yang bersih akan merasa sakit.
Orang
yg pertama kali melakukan perbuatan ini adalah Hisyam bin Abdul Malik.
4. Menambahkan
perkataan ‘’sayyidina’’ ketika bersyahadah kepada Nabi Muhammad SAW dan sewaktu
azan.
Terdapat sebahagian muazin ketika
mengumandangkan azan telah menambahkan kalimat ‘’ASYADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH’’ dengan perkataan ‘SAYYIDINA’ sehingga menjadi seperti ini : ‘’ASYADU ANNA SAYYIDINA MUHAMMADAR RASULULLAH’’ begitu
jua dgn iqamat. Perkara seperti ini sangat bertentangan dengan contoh para
salafus soleh.
Syeikh Mahmud Khattab As-Subki berkata: ‘’Sebabnya perkara itu tidak pernah dilakukan oleh
seorang pun yang mengumandangkan azan pada
zaman Rasulullah SAW dan Khulafaur Rasyidin.
5. Tergesa-gesa
ketika azan.
Perbuatan ini merupakan kesalahan yang dilakukan oleh kebanyakan
muazin sehingga orang yang
mendengarnya merasa sukar untuk mengikuti azan dan menjawabnya.
Menurut Syeikh Mahmud Khattab berkata : ‘’Disunatkan perlahankan azan
dengan memberi jeda (yakni dgn diam sejenak) antara dua kalimat serta
disunatkan mempercepatkan iqamah.’’
6. Membaca
‘’Hayya ‘Ala Khairil ‘Amal’’ setelah membaca , ‘’’Hayya ‘alas Solah, Hayya
‘alal Falah.
Di antara perkara terpesong yg dilakukan
sebahagian muazin adalah membaca, ‘’Hayya ‘Ala Khairil ‘Amal’’ setelah
membaca , ‘’’Hayya ‘alas Solah, Hayya ‘alal Falah. Perkara bidaah ini tidak pernah ditetapkan dari Nabi Muhammad SAW dalam ajaran beliau
kepada para muazin(bilal).
Menurut Imam Baihaqi r.a berkata: ‘’Lafaz
ini (Hayya ‘ala khairil ‘amal) tidak ditetapkan Nabi SAW ketika beliau mengajar
Bilal dan Abu Mahzurah.
7. Tidak
menolehkan kepala ketika membaca : ‘Hayya ‘alas Solah, Hayya alal Falah’’.
Kebanyakan para muazin beranggapan
perkara ini bukan termasuk Sunnah. Terdapat sebuah hadis yang menunjukkan bahawa menolehkan
kepala ketika membaca ‘’Hayya ‘alas
Solah, Hayya ‘alal Falah’’ adalah perkara SUNNAH.
Menurut cerita dari Abu Juhaifah, dia berkata : ‘’Aku melihat Bilal Keluar menuju Abthah
lalu melaungkan azan. Ketika sampai
bacaan ‘’Hayya ‘alas Solah, Hayya ‘alal
Falah’’, Bilal lantas menolehkan lehernya kesebelah kanan dan sebelah serta
tidak menggelengkan kepalanya.’’
Menurut Imam Syafie, Ath-Tauri dan Al-Auza’I mengatakan: ‘disunatkan
menolehkan leher ke kanan dan ke kiri ketika azan tanpa memalingkan dan
memusingkan dada dan kedua kaki dari arah kiblat, baik kedudukan muazin di atas
tanah mahupun tidak.’’
Cara menolehkan wajah yang paling betul ialah menoleh kearah kanan
ketika membaca : ‘’Hayya ‘alas Solah (2x)’’ . Kemudian baru menoleh kea rah
kiri ketika membaca : ‘ Hayya ‘alal Falah (2x)’’.
8. Menggugurkan
huruf ‘’HA’’ dari lafaz ‘’AS-SOLAH’’, menggugurkan huruf ‘’HA’’ dari lafaz
‘’AL-FALAH’’.
Sebahagian muazin membaca ‘’Hayya ‘alas
Solah’’ tanpa menyertakan huruf ‘’HA’’ pada akhirnya begitu jua dengan lafaz
‘’Hayya ‘alal Falah’’pada akhirnya.
Perkara ini disebabkan kejahilan dalam perkara yang amat penting, yakni
berkenaan dgn lafaz azan secara sempurna.
9. Membantah
seseorang yang mengumandangkan azan sebelum terbit fajar (Subuh).
Sebahagian muazin tidak mengetahui Sunnah dalam mengumandangkan azan (pada fajar kidzib : azan pertama). Azan tersebut disyariatkan asal dapat membezakan antara azan pertama dan azan kedua
sehingga tidak serupa. Dalam hadis yg
diriwayatkan oleh Bukhari Muslim : Rasulullah SAW bersabda : ‘’sesungguhnya, Bilal akan mengumandangkan
azan pertama. Maka, makan dan minumlah kamu semua sehingga Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan
azan yang kedua.’’ (khusus untuk azan
fajar sahaja.)
10.
Tidak meletakkan 2jari pada
telinga.
Disunatkan bagi muazin untuk meletakkan
kedua jarinya pada telinga ketika mengumandangkan azan. (Imam Tirmizi)
Menurut
pendapat Al-Hafiz berkata dalam Al-Fath,
‘’para ulama mengatakan bahawa dalam perkara itu terdapat 2 faedah:
1. Perkara itu dapat menjadikan
suaranya lebih tinggi. (hadis lemah)
2. Perkara ini menjadi tanda
muazin agar orang yg melihatnya dari jarak jauh atau orang tuli dapat mengetahui bahawa dia sedang azan.’’
11.
Membaca ‘’ALLAHU AKBAR (dengan
menambahkan huruf ‘’wau’’ sehingga menjadi ALLAHU WA AKBAR)
Perbuatan
ini adalah kesalahan yang amat besar. Mohon Elakkan.
12.
Sentiasa mengutamakan lelaki
yang bersuara buruk untuk mengumandangkan azan.
Ini perbuatan yang tidak semestinya
dilakukan selamanya. Sebab, azan adalah syiar Islam. Lafaz azan jugalah yang pertama kali didengar oleh
Ahlul Kitab di negeri Islam.
Maka dengan itu, disunatkan memilih seorang muazin yang bagus suaranya sehingga
orang lain tidak merasa terganggu
mendengarnya.
Ulasan