WARKAH TERAKHIR KU UNTUK MU IBU AYAH

Assalamualaikum dan selamat malam di ucapkan :) agak lama juga tak meng-update blog ni, jadi disini saya saja nak share sebuah nukilan yang saya buat ilham dari sudut hati saya pada masa dahulu.

WARKAH TERAKHIR KU UNTUK MU

Disaat ku termenung , terlintas difikiran ku tentang KELAHIRAN yang sangat istimewa bagi mereka,  Ku bersyukur padamu wahai Bonda dan Ayahanda.

Ketika kita berjauhan, masih dapat ku rasa betapa hangatnya kasihmu terhadap ku. Betapa ku rindukan redup wajahmu yang hadir menemaniku ketika suka mahupun duka. Ku terbayangkan ketenangan yang selalu Ayahanda dan Bonda pamerkan, bagaikan tiada keresahan walaupun hatimu sering terluka dengan ketelanjuran kata-kataku. Malah, dikau berdua tidak pernah sesekali meninggalkan diriku sendirian dibumi yang nyata ini.

 Namun ketika ku mengalami kedukaan, Bonda mendakap ku dengan penuh pengertian bahkan pula disaat diriku kehampaan, Ayahanda setia mengajarkan ku erti kekuatan dalam menghadapi ujian Allah .

Disaat aku berjaya , terpancar kebanggaan dalam senyum mu tetapi bila ku menghadapi kegagalan tidak pernah Bonda serta Ayahanda membiarkan aku terus kecewa. Dengan kata-kata azimat , telah kau nyalakan semangat ku untuk maju kehadapan . Restu dan doa dari mu selalu kau iringkan buat anakmu yang kerdil ini.

Wahai Bonda dan Ayahanda yang ku kasihi , tidak dapat ku bayangkan hidupku ini tanpa kalian disisi !

 Terima kasih kerana melahirkan ku , Terima kasih kerana peliharaku dan terima kasih jua ku ucapkan kerana mendidik dan mengorbankan segala-galanya untuk ku selama ini ... 
Segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang Ayahanda dan Bonda curahkan padaku sentiasa tersemat dihati yang kecil ini ! 
aKan ku kenang mu ,                  
Alias Bin Adam dan Saripah binti Manap dalam doa ku ....


your daughter,
Puteri Alias


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA