Syafaat selain Nabi Muhammad SAW - Salam Maulid Rasul

SYAFAAT YANG BOLEH DIPEROLEHI SELAIN NABI MUHAMMAD SAW:

1.PARA MALAIKAT
    Dalam surah an-Najm (ayat 26) yg bermaksud :
‘’ dan berapa banyak malaikat di langit yang syafaat mereka pun tidak berguna, kecuali sesudah Allah meng-izinkan bagi orang yang dikehendaki dan diredai-Nya.’’


2. SYAFAAT AL-QURAN DAN AMAL SOLEH
     Menurut Hadis Riwayat Muslim :
‘’Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat sambal memberi syafaat terhadap pembacanya.’’


3. PARA ULAMA DAN SYUHADA (MATI SYAHID)
     Menurut Hadis Riwayat Ibnu Majah:
 ‘’3 kelompok manusia yang memberikan syafaat pada hari kiamat iaitu para nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada.’’


4. SESAMA MUSLIM
     Menurut Hadis Riwayat Muslim :
‘’Setelah kaum Muslimin selamat dari Neraka,

Maka demi Zat yg jiwaku  berada ditangan-Nya,
Setiap orang drpd mereka meminta kepada Allah dgn memaksa agar dikeluarkan rakan-rakan mereka dari neraka.

Mereka berkata: ‘’Ya Allah, mereka dahulu pernah berpuasa, solat dan menunaikan haji bersama kami.’

Lalu dikatakan kepada mereka : ‘’keluarkanlah orang yang kamu kenal dari neraka itu.’’


4. AMALAN KEBAIKAN
     Dari Imam Abu Abdillah al-Qurtubi berkata:
‘’Demikianlah, Allah menciptakan 2 malaikat sebagai balasan atas amalan membaca al-Quran dan berpuasa,
Lalu kedua-duanya memberi syafaat kepada orang yg melakukan ibadah ini. Begitu jua seluruh amal soleh yg lain.’’


5. SURAH AL-MULK
     Dari Abu Hurairah :
‘’sesungguhnya di dalam al-Quran itu, ada 1 surah yg mengandungi 30 ayat,
Ia memberi syafaat bagi lelaki yang membacanya.
Maka, selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya.

Surah itu ialah surah al-Mulk.’’

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA