Lamaran Wanita Syurga

[23/03 21:23] ‪+60 11-2050 4233‬: Ana kongsi sedikit usrah bertajuk

" Menjadi Gadis Lamaran Syurga"

'Kenapa tajuk ni tajuk gadis? Sini kan campuran akhwat dan ikhwah?'

'La ba'sa, ini cuma perkongsian, tidak salah menambah ilmu, andai ada saudara mara, atau adik perempuan, boleh sebarkan dan ambil manfaat dari usrah hari ini inshaa Allah.'

Hehe asif usrah agak pendek. Namun, harap dapat memberi manfaat pada semua. Inshaa Allah, ada rezeki ana akan kongsi usrah seterusnya kisah tentang Sayyidah Fatimah Az Zahra pula. Untuk hari ini, moga bermanfaat ya.

Ana mulakan 😊
[23/03 21:24] ‪+60 11-2050 4233‬: ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠّٰﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِـــــــﻴﻢ

Menjadi Gadis Lamaran Syurga

Ya Allah, telah ku abadikan nama-Mu dalam hati ini buat mencari sebuah perjalanan yang diredhai-Mu. Tiada yang lebih ku damba melainkan keredhaan-Mu dari Tuhan Yang Maha Baik lagi Maha Sempurna.

Puji-pujian hanya buat yang selayaknya, untuk DIA, Yang Maha Memiliki Cinta Teragung iaitu Allah SWT dan kekasih-Nya, Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabat Baginda yang dimuliakan-Nya.

Tugas terbesar manusia adalah menjadi khalifah di muka bumi dan taat kepada-Nya. Allah SWT menyeru orang-orang beriman supaya memelihara diri dan keluarga mereka dari dijilat api neraka.

Sebagaimana firman Allah di dalam Surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, yang dikawal oleh para malaikat yang bengis yang sentiasa menjunjung perintah Allah dan melaksanakan setiap suruhan”

Menerusi firman Allah SWT ini, ada satu kisah menarik yang ingin ku kongsi. Iaitu tentang Asiyah, isteri seorang Firaun. Pada ketika itu, Firaun memegang tampuk pemerintahan di Mesir.
Kisah tentang Asiyah merupakan perumpamaan yang terbaik buat menyedari bahawasanya seorang hamba itu adalah mutlak milik Allah SWT. Asiyah bukan seperti wanita lain, hidupnya bersuamikan seorang yang zalim namun dirinya masih setia taatkan Allah SWT.

Asiyah juga hidup dicelah-celah suasana yang dipenuhi hawa nafsu dan godaan dunia.
Kalau dia mahu, pasti boleh dia mendapatkan apa yang dimahukannya sekelip mata kerana beliau merupakan permaisuri disisi seorang raja yang berkuasa, namun pilihannya ingin menjadi bahagia dengan Islam dan habiskan hidupnya dengan penuh rasa bertuhan.
Tidak sekelumit pun dia tergoda dengan kemewahan yang dimiliki, meski sebentar sahaja dapat dia miliki semuanya.

Dari kisah ini juga, dapat ku fahami.
Rupanya, gadis yang dilamar syurga itu adalah gadis yang meletakkan Allah SWT pemilik no 1 dihatinya.
Gadis yang dilamar syurga itu gadis yang taatkan Rasul dengan mengikuti sunnah-sunnahnya.
Gadis yang dilamar syurga itu ialah gadis yang menjadikan Islam pegangan kukuh dihatinya.

Inilah kriteria, pedoman, sikap dan pegangan yang mesti dipenuhi oleh gadis yang ingin ‘dilamar’ syurga dunia dan akhirat.
Kerana kriteria-kriteria itu juga, disisi Allah mereka menjadi hamba yang paling menonjol dan istimewa.
Maka, jika sebegitu istimewa mereka disisi Allah, tidakkah sebegitu istimewa juga mereka disisi syurga? Kerana syurga itu mutlak milik Allah.
Bukan hanya asiyah yang dilamar syurga, begitu juga wanita-wanita lain di zaman Rasulullah seperti Mariah Al-Qibtiyyah, Srikandi Aisyah Abu Bakar As-Siddiq, Srikandi Zinnirah dan ramai lagi gadis/wanita yang telah dipilih-Nya.

Andai kita menjadi salah satu darinya, tidakkah kita akan selamanya bahagia?
Jelaslah disini, bahawasanya dengan berpegang kukuh dengan tali-Nya dan tidak berhenti mentaati Allah merupakan formula gadis-gadis yang dilamar syurga.
Demikian itu, jangan kita berhenti berharap pada Allah dan tali-Nya (Rasulullah dan Islam) untuk menjadi semakin baik dari hari ke hari.
Didoakan hidayah dan taufiq-Nya tiada henti hadir ke dalam hati kita semua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA