FORGIVE ME :)

Maaflah cikgu,
Aku tak dapat menunaikan hasrat mu,
Sesungguhnya aku disini sudah jatuh tiada dayanya
Mereka lagi hebat dari ku
Aku bagaikan anak burung yang terkurung didalam sangkar berjaring
Perjalanan yang jauh beribu batu
Melintasi bandar-bandar kampung-kampung
Menghalangi diri ku untuk tiba di puncak menara gading Sarawak
Mereka lagi hebat dari ku
Menasihati bagaikan menjatuhkan harapan ku dan harapan mu cikgu,
Apakah aku manusia yang malang?
Sungguh aku tak sangka
MALANG itu menerpa di minda ku
Sungguh aku terasa diri sangat berdosa
Jika suara ku ditinggi terhadap mereka darah daging ku
Adakalanya aku harus bersyukur
Adakalanya aku harus menurut
Adakalanya aku terasa malang
Selagi mereka hidup ku turuti kemahuan mereka
Jika kelak mereka tiada
Mungkin aku adalah manusia dan anak yang berdosa selamanya
Biarlah ku tanam harapan utama ku
Biarlah ku terus ikuti segala Perancangan Tuhan
Aku yakin dengan Perancangan-Nya
Sungguh aku tak mahu salahkan sesiapa dalam hal ini
Doakan aku cikgu
Semoga hidupku dirahmati Tuhan dan orang-orang yang menyayangi ku
Ada rezeki adalah tak usah kau bimbangi diri ku
Maafkan aku .
Dari Student mu,

@bagaikan_puteri
(EX STUDENT PRA-U SMK MANTIN
ALLAH Maha Hebat dari segala isi alam *Noted

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA