PENGAJIAN AM KEPENTINGAN MODAL INSAN

PENGAJIAN AM STPM ESEI 
STPM : Kepentingan Modal Insan dan Langkah-Langkah untuk Melahirkannya



     Strategi untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui pendedahan meluas terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang oleh golongan modal insan. golongan ini perlu menyediakan diri dengan memiliki kemantapan informasi serta kemahiran dalam pelbagai bidang untuk melahirkan golongan modan insan kelas pertama.Melalui penguasaan ilmu pengetahuan ini,kita dapat mendedahkan bidang sains dan teknologi kepada seantero masyarakat Malaysia.Tindakan ini merupakan cara bagi melahirkan modal insan kelas pertama.Perkembangan era globalisasi adalah merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh modal insan agar mampu menghasilkan modal insan kelas pertama yang berpengetahuan,berinovasi serta berkualiti tinggi.  

     Seterusnya,melalui pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan juga dapat melahirkan modal insan kelas pertama yang memiliki keseimbangan antara keperluan akademik dan keperluan fizikal.Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan berminda kelas pertama bukan sahaja melalui pencapaian akademik malah melalui pencapaian dalam bidang sukan. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Melalui dasar ini juga kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui bidang sukan.  

     Selain itu,Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga dapat menghasilkan modal insan yang menjadi tunggak utama kepada pembangunan negara pada masa akan datang.Melalui program ini,modal insan dapat dibentuk menjadi insan yang bertanggungjawab serta mampu melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.Golongan yang menyertai PLKN ini adalah golongan sasaran utama bagi melahirkan modal insan disebabkan oleh daya pemikiran yang dinamik,progresif dan eksklusif yang ada pada mereka. Dengan itu,mereka telah diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan.  

     Kesimpulannya,dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan modal insan bermindakan kelas pertama amat penting bagi menjadikan Malaysia bukan sahaja negara maju yang beridentitikan diri sendiri,malah akan menjadi contoh bagi negara-negara di seluruh pelosok dunia . Dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang benar-benar berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan dan kemegahan. Oleh itu,bersama-samalah kita melangkah maju ke hadapan berpaksikan pengetahuan serta bukan sahaja sekadar semata-mata ingin menjadi negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu melahirkan lebih ramai lagi modal insan kelas pertama.  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA