Haram Celebrate APRIL FOOL !
APA ITU APRIL FOOL (1 APRIL) April Fool ialah suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim. Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Fool, berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain. April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan . Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja. 2. SIAPA YANG TERLIBAT ? Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool —yang hanya berlaku pada tanggal 1 April—adalah hari di mana kita b...