Derita MAHASISWA
[ DERITA MAHASISWA ] "...Jangan sesekali beranggapan bahawa saya tidak prihatin atau tidak peka terhadap cakap-cakap tersebut, walaupun bisikan itu datang secara perlahan dan bersifat sayup-sayup kedengaran..." Saya mulakan penulisan saya ini dengan memetik kata-kata Dato' Seri Najib Tun Razak dalam buku 'Jawapan Najib' yang diterbitkan secara bersama oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan MPH Group Publishing. Entah mengapa di saat GST hendak dilaksanakan, saya terjumpa buku tersebut. Lebih mengujakan, hati saya terbuka untuk menekuni buku tersebut buat julung-julung kalinya. Perasan atau tidak, menjelang tarikh keramat 1 April 2015, beberapa orang ahli parlimen, aktivis politik serta pimpinan mahasiswa telah ditahan polis atas kesalahan 'mencabar' GST. Yang terbaru, kejadian di Pejabat Kastam Kelana Jaya serta himpunan #KitaLawan edisi perkahwinan di Kuala Lumpur. Tidak masuk akal ! Seolah-olah membantah pelaksanaan GST merupakan satu...