Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 26, 2014

HARI RAYA DISAMBUT DENGAN SEDERHANA 2014

Imej
HARI RAYA: APA ITU? Menurut  bahasa, raya ertinya besar atau utama atau  bermaksud hari yang besar atau hari yang utama . dalam kata lain ia dipanggil sebagai Hari raya puasa. Dalam Islam ia dipanggil sebagai Eid Fitr. Eid itu maksudnya mengembalikan. Fitr itu fitrah.  Secara keseluruhannya Eidil Fitri  ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni.  Selain itu, eidil fitri juga bermaksud membersih dan menyucikan fitrah.  Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan. Jadi dengan adanya BULAN RAMADHAN yang MULIA INI kita dapat menyucikan diri daripada tercemar dalam kekhilafan didunia. Oleh hal demikian, Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakanNya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula. Co...