Jenis roti yang bahaya untuk kesihatan

Roti sememangnya sudah menjadi makanan harian ketika bersarapan ataupun pada waktu malam bagi anda yang berdiet. Namun tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis roti yang boleh menjejaskan kesihatan anda? Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda mengenai bahan-bahan yang terdapat dalam roti dibawah yang perlu anda elakkan dari membeli yang dipetik dari Wanita. L-eysteine Sejenis zat penghalus yang ditambah pada roti bagi mempercepatkan proses pembuatan. Walaupun zat ini dihasilkan di makmal, namun bahan ini diperoleh daripada sumber semula jadi. Bunyi tidak membimbangkan kerana bahan semula jadi tetapi semula jadi yang dimaksudkan ialah rambut manusia, bulu ayam, tanduk lembu dan macam-macam lagi. Potassium Bromate Zat ini digunakan untuk memendekkan roti selain mempercepatkan adunan menjadi keras. Kebanyakan syarikat pengilang roti cukup menggemari bahan ini kerana banyak kos dapat dijimatkan. Tetapi, apabila dilihat dari aspek kesihatan, nyata penggunaan...