Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

  • Pertubuhan Negara-negara Islam  ( Organization of Islamic Countries – OIC ) adalah sebuah 
        organisasi yang dianggotai secara eksklusif oleh negara-negara Islam.                         
  • OIC ditubuhkan di Rabat, Morocco pada bulan Mei 1969. 
  • Tunku Abdul Rahman Putera Alhaj merupakan Setiausaha Agung Sekretariat OIC yang pertama
  • Sekretariat OIC beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi
  • Prof Ekmeleddin Ihsanoglu
  • Kini OIC dianggotai oleh 57 buah negara Islam, termasuk Malaysia, Pakistan, Morocco, Arab Saudi, dan lain-lain.
Tujuan utama pertubuhan OIC ialah:
  • menggalakkan kerjasama dan persefahaman di kalangan negara Islam.
  • Mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan kemasyarakatan umat Islam.
Objektif OIC
  • Mengeratkan ,mengukuhkan  dan menitikberatkan hubungan  baik di kalangan negara-negara anggota.
  • Mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains, sosial dan kebudayaan.
  • Menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat balik tanah air yang diduduki oleh Israel.
  • Menyelesaikan pertelingkahan antara negara anggota. 
  • Menghapuskan sebarang penindasan dan penjajahan


PERANAN OIC
  • Mencari penyelesaian dalam peperangan Iran dan Iraq.
  • Memulihkan hubungan Mesir dengan negara-negara Arab yang terputus selepas Mesir  dipulaukan kerana hubungannya dengan Israel.
  • Memberi naungan kepada penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) yang bertempat di Jeddah.
  • Memberi bantuan kepada negara-negara Islam yang dilanda malapetaka dan kebuluran di Afrika.
  • Menyelesaikan masalah Palestin-Israel.
  • Membebaskan Baitul-Muqaddis dan Masjid Al-Aqsa daripada dikuasai oleh Israel. 
  • Universiti Islam Antarabangsa (Kuala Lumpur-Malaysia, Mbal-Uganda dan Dhaka-Bangladesh)
  • Penubuhan Agensi Berita Islam (INA) berpusat di Jeddah.

Aktiviti dan Kejayaan OIC
  • Menaja pembinaan infrastruktur fizikal dan kewujudan kerusi 
  • Menganjur seminar dan simposium akademik seperti Islam dan Jerusalam(Paris 1981) dan Kongres Islam Sedunia (Colombo, 1982)
  • Menganjur Perkhemahan Belia Islam Antarabangsa.
  • Sidang kemuncak Ke 10 pada tahun 2003 yang diadakan di Putrajaya.
  • Sidang ini mempersetujui untuk menimbang atau melaksanakan perkara yang berikut:
a. Aturan Pembayaran Perdagangan berasaskan emas dalam kalangan negara anggota.
b. Mengadakan dialog budaya dan tamadun lain
 c. Perkongsian data bagi menggalakkan  perdagangan
 d. Kerjasama dalam teknologi maklumat dan komunikasi


Peranan Yang Dimainkan Oleh Malaysia dalam OIC

Malaysia memainkan peranan yang cergas dalam aktiviti OIC, misalnya:
  • Malaysia menghantar bantuan makanan kepada mangsa perang di Bosnia-Herzegonia yang dirundung masalah serangan Serb.
  • Malaysia turut menghantar sepasukan tentera ke Bosnia-Herzegonia untuk memberi bantuan kepada Pasukan Tentera PBB pada tahun 1994.
  • Malaysia memberi sumbangan besar kepada pembangunan Universiti Islam Antarabangsa        ( UIA ) dengan kerjasama OIC.
  • Malaysia juga menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam ( Islamic Development Bank – IDB ) – sebuah pejabat wilayah di Malaysia pada tahun 1995.
  • Sering menganjurkan persidangan negara-negara Islam dari semasa ke semasa
  • Usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik  Iran-Iraq
  • Ogos 1988 sepasukan 15 pegawai tentera Malaysia telah menyertai Pasukan tentera Pemerhati PBB
  • Sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (Palestinan Liberation Organisation-PLO)
  • Menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur  Mei 1983
  • Menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak 1978
  • Membenarkan Mujahiddin membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada 1984. Tentera Rusia berundur pada 1989
  • Menganjurkan Sidang Kemuncak OIC ke 10 diadakan di Putrajaya pada 16-19 Oktober 2003
  • Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dipilih mengetuai OIC
  • Menimbangkan cadangan Aturan Pembayaran Perdagangan berasaskan emas sebai alternatif bagi urusan perdagangan di kalangan negara anggota
  • Mengadakan dialog dengan budaya dan tamadun lain (termasuk Barat)
  • Menggalakkan perdagangan dan pelaburan menerusi perkongsian pangkalan data
  • Meningkatkan kerjasama negara anggota dalam Teknologi maklumat dan Komunikasi
  • Menganjurkan dialog antara Barat dengan dunia Islam bagi mengurangkan salah faham dan sikap mencurigai antara barat dengan Islam
  • Penganjur kepada Sidang Antarabangsa Ketiga Dialog Barat-Islam
  • Penubuhan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIFE), merupakan platform bagi mewujudkan interaksi dan rangkaian dalam bidang perniagaan antara swasta dengan kerajaan khususnya antara negara OIC.

Sumbangan OIC Kepada Malaysia
  • Menganjurkan Perkhemahan Belia Islam pada peringkat antarabangasa bagi pembentukan rohani dan jasmani pendidikan Islam. Misalnya, Perkhemahan Belia Islam di Arab Saudi ( 1978 ), di Malaysia, Brazil, Syria dan Turki ( 1981 ). 
Masalah  

  • Kerjasama ekonomi didapati kurang berjaya kerana perpecahan yang sering berlaku di Timur Tengah.
  • Kegagalan mencapai persetujuan dasar-dasar antarabangsa kerana perbezaan dan ketidakselarasan dari segi keterlibatan dan masalah politik di negara-negara anggotanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA