Soalan STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 KELANTAN

niat cuma nak bantu orang lain. sekian :)
soalan skop lama.


Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1. (a)  Berikan empat tahap perniagaan.                                                                                     [2]
b. Terangkan tiga sebab mengapa syarikat menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa.                                                                                      .                              [3]
c.    Berikan tiga perbezaan antara perancangan strategik dengan perancangan taktikal.         [3]
d.    Berikan empat langkah dalam proses pengawalan.                                                           [2]
e. Terangkan tiga gaya kepimpinan yang boleh dipraktikkan dalam sesebuah organisasi.                                                                                                                          [3]
f.     Jelaskan tiga tujuan penyelidikan pemasaran.                                                                   [3]
g.    Nyatakan empat jenis ujian untuk memilih pekerja.                                                         [2]
h.    Berikan maksud kaedah pengeluaran moden ISO 9000.                                                  [2]
i. Nyatakan empat kesan ketegangan kerja yang dialami oleh pekerja kepada organisasi.                                                                                                                         [2]
j.      Huraikan dengan ringkas sifat “tajamkan gergaji” seperti yang diketengahkan oleh Stephen R. Covey.                                                                                                                                [3]



2.   (a) Terangkan maksud kawalan kualiti di dalam pengurusan pengeluaran.                        [3]                                                                                                                      
  b.    Huraikan bagaimana alat kawalan kualiti berikut boleh mencapai objektif pengurusan kawalan kualiti:
i.      Kawalan Proses Secara Statistik (SPC)
ii.     Pemeriksaan                           [10]                                                                                                                    
c.    (i)  Jelaskan sebab kawalan kualiti adalah penting di dalam pengeluaran produk.      
(ii) Terangkan TIGA kelemahan kawalan SPC dan TIGA kelemahan kawalan pemeriksaan.                                                                                                     [12]



Bahagian B [50 markah]
Jawab dua soalan sahaja.

3.    Encik Azman seorang kakitangan kerajaan telah menerima wang pampasan sebanyak RM150,000, ekoran kawasan tanahnya diambil oleh kerajaan untuk pembinaan kampus UMK. Beliau telah didatangi oleh rakan-rakannya dan memujuk beliau untuk menjadi salah seorang rakan rongsi mereka dalam perniagaan komputer. Pada masa yang sama, beliau memikirkan untuk menceburi perniagaan dengan membuka sebuah kedai runcit berhampiran dengan rumahnya.
a.    Mengapakah Encik Azman perlu menerima pelawaan perniagaan daripada rakan-rakannya. Terangkan.                                                                                  [10]
b.    Jelaskan bagaimana faktor persekitaran ekonomi dan fizikal mempengaruhi perkembangan perniagaan masa kini.                                                                            [6]
c.    Huraikan kepentingan perniagaan kepada ekonomi sesebuah negara.                    [9]

4.   (a) Huraikan langkah-langkah dalam proses pengawalan.                                        [6]              
b.    Terangkan perkaitan kaedah kawalan dengan proses pengeluaran.                                 [9]             
c.    Jelaskan ciri-ciri sistem kawalan yang berkesan.                                                                  [10]          
             

5.    En. Rahim baru dilantik memegang jawatan sebagai Pengurus Besar di syarikat Ayam Holding Bhd., iaitu sebuah syarikat pengeluar dan memproses ayam. Sebelum dilantik sebagai  Pengurus Besar, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu sebagai pengurus  pemasaran dan penyelia pengeluaran. Beliau mendapati tugas dan tanggungjawab sebagai Pengurus amat mencabar terutama dalam penyelesaian masalah dan hubungan dengan  pekerja. Di samping itu, beliau juga mendapati bahawa  wujud perbezaan yang ketara didalam membuat perancangan aktiviti perniagaan bagi syarikat berkenaan berbanding sebelum ini .
a.    Bagaimanakah En. Rahim menjalankan peranannya sebagai pendorong dan  penyelesai masalah dalam syarikat berkenaan.                                                           [10]
b.    Terangkan perbezaan perancangan  dalam setiap peringkat yang dilakukan oleh En. Rahim.                                                                                                               [15]

6.   (a) Huraikan tiga komponen yang terdapat dalam sesuatu produk.                                     [8]
b.    Promosi merupakan satu strategi campuran pemasaran yang boleh digunakan bersama dengan strategi lain untuk meningkatkan  jualan.
Terangkan empat peranan promosi dalam perniagaan.                                                             [8]

7.   (a) Jelaskan kepentingan kemahiran teknikal kepada pengurus bawahan.                [5]
b.    Nyatakan perbezaan antara kemahiran konsep dengan kemahiran teknik.        [8]
c.    Encik Mahmud bercadang untuk membuka sebuah kedai gunting rambut di pinggir Bandar Kota Bharu. Jelaskan proses membuat keputusan yang perlu diikuti oleh Encik Mahmud bagi menghasilkan keputusan yang rasional.               [12]

8.   (a) Huraikan dua alat membuat keputusan berikut yang boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk menyelesaikan  masalah.                                                         
i.      Analisa Tulang Ikan/sebab akibat
ii.     Pokok Keputusan                                                                                                  [10]
(b) (i) Jelaskan empat tanda-tanda pada diri seseorang pekerja yang mengalami    ketegangan.                                                                             
ii.     Jelaskan punca ketegangan yang  berkaitan dengan faktor pekerjaan        [10]
c.    “Memulakan sesuatu dengan mengingati matlamat” adalah salah satu tabii orang berjaya mengikut Stephen R.Covey. Jelaskan.                                                            [5]    

















SKEMA JAWAPAN

Bahagian A

1.              (a)              Empat tahap perniagaan ialah:
i.      primer
ii.     sekunder
iii.    tertier
iv.   huluan
v.    hiliran
vi.   domestik
vii.  antarabangsa .                                                                   [mana-mana 4 x ½ = 2m]

              (b) Tiga sebab syarikat menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa :
i.      meluaskan pasaran
     perniagaan dapat meluaskan pasaran ke luar negara yang mempunyai penduduk yang lebih ramai atau kuasa beli yang lebih tinggi
ii.     ekonomi bidangan
     ekonomi bidangan akan dicapai apabila kuantiti pengeluaran meningkat dan akan mengurangkan kos pengeluaran. Apabila pelanggan menjadi ramai maka kuantiti pengeluaran akan meningkat.
iii.    pasaran domestik yang tepu
     apabila pasaran domestik sudah tepu dan persaingan yang kian meningkat, maka syarikat perlu mencari alternatif lain untuk memasarkan keluaran mereka.                                                                                     [3 x 1 =3m]

              (c) Tiga perbezaan antara perancangan strategik dan perancangan taktikal ialah :
Aspek
Strategik
Taktikal
Tempoh

Liputan

Pelaksana

Jangkamasa melebihi tempoh setahun
Umum dan meliputi seluruh organisasi
Dirancang oleh pengurus atasan
Jangkamasa melebihi setahun

Terperinci untuk mencapai matlamat
Dirancang oleh pengurus pertengahan dan bawahan
                                                                                                                               [3 x 1 = 3m]             
(d) Empat langkah dalam proses pengawalan ialah :
i.      Menetapkan standard
ii.     Mengukur pencapaian
iii.    Membuat perbandingan antara pencapaian sebenar dengan standard
iv.   Mengambil tindakan pembetulan.                                                          [4 x ½ =2m]

              (e)              Tiga gaya kepimpinan yang boleh diamalkan dalam organisasi ialah :
i.      Autokratik – melibatkan pembuatan keputusan oleh seorang ketua sahaja.
ii.     Demokratik – memberi kebebasan kepada pekerja untuk menyumbangkan idea dan membuat keputusan secara bersama.
iii.    Laisses-faire – memberi kuasa sepenuhnya kepada pekerja organisasi untuk membuat keputusan.                                                                           [3 x 1 = 3m]

              (f)              Tiga tujuan penyelidikan pemasaran :
i.      meramal masa depan dalam persekitaran pemasaran yang sentiasa berubah
ii.     menentukan strategi dalam pengurusan campuran pemasaran.
iii.    mendapatkan maklumat lanjut untuk mengelakkan kesilapan dan mengetahui kesilapan
iv.   memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
                                                                                                                              [mana-mana 3 x 1 =3m]

g.    Maksud ISO 9000 ialah satu set kawalan piawai pengeluaran yang memerlukan pendokumentasian dan pematuhan untuk seseuatu program kualiti bagi menghasilkan tindakan /output yang seragam.                                                      [2]

h.    Empat jenis ujian ialah :
i.      ujian psikomotor
ii.     ujian perwatakan
iii.    ujian kesihatan
iv.   ujian kognitif                                                                                                      [4 x ½ = 2m]

i.      Tajamkan gergaji
     tindakan para pekerja untuk mempertingkatkan empat dimensi sifat semulajadi iindividu iaitu fizikal, mental, rohani dan emosi.
     Usaha mempertingkatkan kualiti diri adalah berterusan agar sesuai dengan perubahan persekitaran dan datang daripada kesedaran diri sendiri.                 [2]

j.      Empat kesan ketegangan pekerja terhadap organisasi.
i.      produktiviti organisasi akan menurun
ii.     peningkatan ketidakhadiran dalam organisasi
iii.    kemalangan di tempat kerja meningkat
iv.   hubungan pekerja-majikan tidak harmoni
v.    peningkatan kadar lantik henti
vi.   perbuatan vandalisme semakin bertambah di tempat kerja.
                                                                                                          [mana-mana 4 x 1/2m = 2m]

                                                                                     Bahagian B

2. (a) - Maksud kawalan kualiti ialah aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk memperoleh kualiti barangan dan perkhidmatan di tahap kebolehpercayaan kualiti perlu ditetapkan sebagai satu piawai.                                                                                                [1]
- Hasil yang diperoleh menepati piawai dan diterima oleh pembeli.                                   [1]
- Jika terdapat perbezaan antara hasil dengan piawai yang ditetapkan, tindakan  pembetulan akan dilaksanakan.                                                                                [1]
[3 markah]
(b) (i) Kawalan Proses Secara Statistik (SPC)
     SPC ialah teknik analisis statistik yang membolehkan pengurus menganalisis perbezaan pada data pengeluaran untuk mengesan dan membuat perubahan jika perlu.                                                                                 [1]
     Bagi menghasilkan produk bermutu tinggi.                                                            [1]
     Mengukur kepelbagaian dan proses kerja berterusan sebelum pemeriksaan akhir untuk mencegah kerosakan.                                                                           [1]
     Maklumat berkenaan perbezaan ini boleh diambil daripada proses kajian keupayaan dengan mengambil sampel produk diambil dan diukur untuk menentukan perbezaan, sama ada serupa atau berbeza daripada had spesifikasi yang ditetapkan.                                                                                    [1]
     Membuat pengukuran dan mengambil tindakan pembetulan jika ada penyelewengan.                                                                                                                 [1]

(ii) Pemeriksaan
     Satu kaedah yang digunakan untuk menyemak produk yang telah dihasilkan daripada proses pengeluaran sama ada menepati piawai atau tidak.                                                                                                                    [1]
     Bagi menghasilkan produk bermutu tinggi.                                                            [1]
     Terdapat dua kaedah pemeriksaan iaitu pemeriksaan menyeluruh dan sampel.                                                                                                                             [1]
     Pemeriksaan menyeluruh ialah menyemak dan memeriksa satu persatu dan menilai kualitinya secara keseluruhannya.                                                      [1]
     Pemeriksaan sampel ialah kaedah memeriksa sampel tertentu sahaja mengikut  peringkat dan kaedah yang ditetapkan untuk membolehkan ia menggambarkan keputusan kualiti produk secara menyeluruh.                   [1]
(c) (i) Kawalan kualiti penting dalam pengeluaran produk ialah:
     Memastikan hasil pengeluaran menepati dari segi kualiti mengikut piawai yang telah ditetapkan.                                                                                           [1]
     Contoh.                                                                                                                  [½]

     Mengambil tindakan pembetulan jika kualiti yang dihasilkan tidak menepati piawai yang telah ditetapkan.                                                              [1]
     Contoh.                                                                                                                  [½]

(ii) Kelemahan

Kelemahan SPC
Kelemahan Pemeriksaan
1
Memerlukan kepakaran yang  tinggi untuk membuat penganalisisan terhadap proses pengeluaran sama ada pencapaian di dalam proses berkualiti atau tidak.   [1]
Contoh.                                                        [½]
Memerlukan masa yang panjang untuk memeriksa produk yang telah dihasikan terutama apabila menjalankan pemerikaan menyeluruh.                      [1]
Contoh.                                                      [½]
2
Memerlukan kos yang tinggi kerana ia melibatkan penggunaan alatan dan komputer untuk melakukan aktiviti-aktiviti mengawal kualiti produk.         [1]
Contoh.                                                        [½]

Lebih kepada tindakan pembetulan bukan pencegahan ini akan menyebabkan berlaku pembaziran bagi produk yang telah dihasilkan tetapi tidak menepati piawai yang telah ditetapkan.                [1]
Contoh.                                                        [½]
3
Sesuai syarikat pengeluaran yang  mengeluarkan produk secara besar-besaran kerana ia lebih efektif dan ia tidak sesuai bagi pengeluaran secara kecil-kecilan.                                                              [1]
Contoh.                                                        [½]

Tidak sesuai bagi pengeluaran produk yang banyak kuantitinya kerana kaedah persampelan yang digunakan mungkin tidak mengambarkan keputusan kualiti yang tepat untuk produk di luar persampelan.                                         [1]
Contoh.                                                        [½]
3. (a) Encik Azman menerima pelawaan perniagaan daripada rakan-rakannya kerana :
Kebaikan perkongsian
i.      mudah mendapatkan bantuan kewangan
     saiz perniagaan dan jumlah rakan kongsi yang ramai memberi keyakinan kepada pihak institusi kewangan untuk memberi bantuan kewangan bagi tujuan mengembangkan lagi perniagaan.
ii.     berkongsi kepakaran
     gabungan rakan kongsi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kemahiran dan kepakaran
     kelebihan ini memberi peluang kepada mereka untuk mempunyai daya saing dan memudahkan urusan perniagaan mereka.
iii.    mudah ditubuhkan
     prosedur  penubuhan yang tidak rumit dan hampir sama dengan milikan tunggal
     modal tidak menjadi masalah kerana mempunyai rakan kongsi dan kemudahan pinjaman tersedia.
iv.   risiko perniagaan ditanggung bersama
     risiko kerugian perniagaan disebarkan antara pekongsi dan bukannya ditanggung oleh seorang individu sahaja.
v.    mampu mengembangkan perniagaan
     entiti perkongsian mampu mengembangkan perniagaan dengan adanya rakan-rakan kongsi, perkongsian idea, dan juga kepakaran dan kemahiran.
                                                                                                       [F=1 , H= max 10m]

(b) faktor persekitaran ekonomi dan fizikal mempengaruhi perniagaan masa kini.
(i) persekitaran ekonomi
Fakta [½]
Huraian [½ m]
Sistem ekonomi
Kapitalis- galakkan pelaburan,
campuran-wujud campurtangan kerajaan
Prestasi ekonomi
Ekonomi berkembang menggalakkan perniagaan
Sistem pembiayaan
Kemudahan mendapatkan pinjaman dan tempoh bayaran balik
Pendapatan penduduk
Pengaruhi kuasa beli-tingkatkan permintaan
                                                                                                                           [mana-mana 3 fakta =3m]


(ii) persekitaran fizikal
Fakta [½]
Huraian [½ m]
Pengangkutan
     Pengangkutan yang cekap melancarkan perniagaan
     Kos yang murah
Perhubungan (komunikasi)
     Untuk memesan/menjual
     Untuk komunikasi
Utiliti
Bekalan air dan elektrik yang berterusan
Zon Perdagangan
     Pengecualian cukai
     insensif pengeluaran/jualan
     pemberian taraf perintis
     inland port – pihak kastam mengenakan cukai tanpa perlu pemunggahan barang
     kemudahan infrastruktur
Pembangunan setempat/ciri-ciri budaya fizikal
     Memudahkan pengguna
                                                                                                    [mana-mana 3 fakta=3m]                                        
(c) Kepentingan perniagaan kepada ekonomi negara
i.      meningkatkan pendapatan negara
     melalui kutipan hasil cukai daripada peniaga dan cukai ini merupakan sumber pendapatan negara.
ii.     mewujudkan peluang-peluang pekerjaan
     aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan memelukan ramai tenaga kerja. Hal ini secara tidak langsung mampu mengurangkan masalah pengangguran.
     membantu meningkatkan pendapatan dan kuasa beli serta taraf hidup penduduk
iii.    mewujudkan penempatan-penempatan baru
     ekoran daripada pembangunan di sesebuah kawasan maka maka akan wujud pembukaan bandar-bandar baru dan kawasan perindustrian baru.
     ini menggalakkan pemusatan penduduk ke kawasan tersebut.
iv.   perkembangan industri sampingan
     ekonomi yang sihat turut membantu perkembangan industri-industri huluan dan hiliran
     contoh : perkembangan industri perabot telah mewujudkan industri huluan seperti aktiviti penanaman semula kayu balak dan sebagainya.
v.    meningkatkan infrastruktur awam
     hasil cukai yang diperolehi adalah sumber pendapatan negara.
     pendapatan ini boleh digunakan untuk mewujudkan kemudahan-kemudahan awam seperti jalan raya, bekalan air atau elektrik yang secara tidak langsung boleh meningkatkan taraf hidup.               
vi.   menstabilkan harga dan produk yang berkualiti
     persaingan yang sihat di kalangan para peniaga akan mengakibatkan terhasilnya produk-produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan.
     di samping itu, hal ini dapat menstabilkan harga barang.
                                                                            [pilih mana-mana5 x 2m = mak 9m]

C  Persekitaran Umum.
i.      Ekonomi.                                                                                                                                       [½]
Perkembangan ekonomi (KDNK bertambah).                                                                      [½]
Faktor membantu perniagaan runcit - meningkatkan aktiviti perniagaan dan pertambahan jumlah perniagaan. Pertambahan barangan bertambah dan keuntungan juga dijangka bertambah.                                                                                                           [1]

ii.     Politik dan perundangan.                                                                                                              [½]
Kestabilan politik (keamanan, peraturan tidak terlalu cepat berubah)                      [½]
Faktor membantu perniagaan runcit - akan mewujudkan suasana yang baik untuk perniagaan berkembang maju.                                                                                                 [½]

Atau

Perundangan [½ m] mengandungi  undang-undang dan peraturan-peraturan membantu  aktiviti perniagaan runcit. [½ m]
Faktor membantu perniagaan runcit – contohnya dengan menetapkan peraturan meletakkan tanda harga pada barangan akan memudahkan lagi urusan jualan runcit kepada peruncit. [1m]
             
Tiga kelebihan perkongsian sebagai entiti perniagaan ialah :
i.      tidak memerlukan prosedur yg rumit untuk ditubuhkan. Hanya perlu patuhi Akta Perkongsian.
ii.     dapat mengumpul modal yang banyak
iii.    risiko kerugian dikongsi bersama
iv.   perbincangan dan pengkhususan kerja boleh dilakukan antara rakan kongsi
v.    dapat mengumpul kemahiran dan kepakaran yang berlainan.
vi.   tidak perlu membayar cukai syarikat sebaliknya rakan kongsi membayar cukai pendapatan perseorangan.                                                          [mana-mana 3 x 1 =3m]


4. (a) Proses pengawalan
i.      menentukan objektif dan standard
     menetapkan matlamat/ standard yang ingin dicapai
     standard berkait rapat dengan objektif organisasi, boleh diukur, boleh dicapai, jelas dan mudah difahami
ii.     mengukur dan menilai prestasi sebenar
     prestasi mestilah boleh diukur
     kaedah yang digunakan seperti ringgit,kuantiti, carta dan graf
iii.    membanding hasil kerja dengan objektif dan standard
     perbandingan antara prestasi sebenar dengan standard prestasi yang telah ditetapkan
     rekod dibandingkan dengan standard
iv.   mengambil tindakan pembetulan
     mengambil tindakan pembetulan sekiranya wujud penyelewengan
[F = ½ , H = 1m , 1 ½ m x 4 = 6m]
(b) Kawalan Awalan
     kawalan terhadap input-input pengeluaran seperti bahan mentah,mesin,peralatan dan manusia, sebelum aktiviti pengeluaran dilakukan
     pengurus harus mengadakan hubungan yang baik dengan pembekal bagi memastikan kelancaran dalam proses pengeluaran
Kawalan Semasa
     kawalan semasa proses menambahnilai/tranformasi pengeluaran. Ianya melibatkan tindakan pemulihan, pembetulan dan pengubahsuaian
     pengurus harus memastikan perjalan operasi pengeluaran berada dalam keadaan yang baik. Kegagalan dalam proses ini akan menghasilkan output yang tidak diingini/rosak
Kawalan Selepas
     kawalan selepas sesuatu proses tamat/kawalan terhadap output pengeluaran
     pengurus hendaklah memastikan agar output disemak sebelum sampai ketangan pengguna. Kawalan selepas membolehkan tindakan pembetulan diambil terhadap proses pengawalan pada masa akan datang
[F=1, Kaitan =1, H=1 3 x 3=9]
(c) Ciri-ciri sistem kawalan yang berkesan
i.      Berdasarkan tempoh masa
     sehari,seminggu,sebulan atau setahun
     semakan yang kerap dan konsisten memastikan  hasil yang diingini tercapai
ii.     Kecekapan kos
     semua sistem kawalam memerlukan kos
     perancangan dalam sistem kawalan  yang betul memastikan kecekapan dalam aktiviti
iii.    Bentuk kuantitatif dan boleh diukur
     kuantitaif seperti menggunakan ringgit dan unit
     kualitatif pula  perkara-perkara yang berhubung dengan gelagat
     pengukuran boleh dilakukan dengan menggunakan skala Liket, Gambarajah tulang ikan.
iv.   Pengukuran yang tepat
     pengukuran boleh dipercayai dan mengukur apa yang hendak diukur
     pengukuran yang betul dapat mengawal aktiviti dengan berkesan
v.    Menunjukkan hubungan sebab dan akibat
     pengurus haruslah mengkaji kesan terhadap sesuatu aktiviti perniagaan
vi.   Tanggungjawab diamanahkan kepada individu
     penurunan kuasa kepada kakitangan tertentu perlu bagi melancarkan perjalanan organisasi perniagaan
vii.  Diterima oleh mereka yang terlibat
     perbincangan dan penyeliaan piawai haruslah melibatkan kakitangan peringkat pertengahan dan bawahan agar mereka sama-sama bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pengawalan.
[F = 1, H = 1, 2 x 5 =10m]
5. (a) Peranan sebagai penyelesai masalah
i.      Perunding konflik
     menjadi juru runding jika berlaku pertikaian dalam organisasi yang dikuatiri akan menjejaskan aktiviti pengeluaran-contoh
ii.     Pengagih sumber
     menempatkan mesin dan manusia yang bersesuaian dengan jenis pekerjaanya dan kelayakannya.- contoh
iii.    Membuat keputusan
     membuat keputusan terhadap perkara-perkara yang berisiko tinggi –contoh
iv.   Menyelesai masalah
     menjadi orang tengah dalam pertikaian/konflik diantara pekerja dengan  pekerja pekerja dan majikan /organisasi  – contoh
v.    Liason/penghubung
     menjadi penghubung/pengantara diantara organisasi dengan pihak-pihak kerajaan dan juga pihak berkepentingan yang lain.-contoh

Peranan sebagai pendorong
i.      motivasi/memberi galakan
     Encik Rahim memberikan motivasi/ galakan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan kepada pekerjanya yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam kerjayanya.-contoh
ii.     sebagai lambang
     menjadi lambang kepada prestasi organisasi –contoh
iii.    ketua
     orang yang mempunyai kuasa tertinggi dalam syarikat pemprosesan ayam
iv.   fasilitator/pemudah cara
     menjadi pemudah cara dalam menyampai maklumat kepada semua pekerja dengan mengambil kira tahap dalam pengurusan.
v.    Pemimpin
     menjadi orang yang bertanggungjawab mengembling segala sumber dan usahanya untuk memastikan organisasi  menjadi organisasi yang berjaya.
[F=1, Kaitan = 1, mana-mana 5 x 2 =10]

(b) Perbezaan perancangan mengikut tahap pengurusan.
Aspek
Pengurus Besar
Pengurus pemasaran
Penyelia
Tahap perancangan
Perancangan strategik
Perancangan taktikal
Perancangan operasi
Kandungan
Visi, misi, matlamat, hala tuju
Langkah persaingan, respons kepada tindakan pesaing
Unit pengeluaran, kaedah pemasaran dan penyampaian.
Skop
Menyeluruh, organisasi/korperat
Matlamat bisnes, jabatan
Matlamat operasi
Kemahiran
Konsep-faktor persekitaran dalaman dan luaran
Manusia-hubungan atasan dan bawahan
Manusia –hubungan pelanggan dan teknik
Tempoh
Jangka panjang
Sederhana
Pendek
[1perbezaan x 3 markah = 15m]

6. (a) Tiga komponen produk.
    Produk teras
     Meliputi semua faedah yang ingin diperolehi oleh pengguna daripada  pembelian atau penggunaan sesuatu produk.
     Faktor utama pembelian.
     Pengguna diandaikan membuat pilihan mengikut kehendak peribadi dan mengambilkira manfaat sebelum membuat keputusan pembelian.

Produk ketara
     Produk sebenar yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengguna
     Contoh, pengguna yang menghendaki  kasut yang tahan lasak, pilihan warna yang menarik.

Produk sampingan
     Faedah tambahan yang diperolehi oleh penguna hasil dari pembelian sesuatu produk.
     Contoh; jaminan, layanan jurujual dan perkhidmatan penghantaran.
[F 1m; H 2x3m =6m; Mak. 8m]

(b) (i) empat kepentingan promosi di dalam perniagaan.
Memberitahu bakal pelanggan.                                                                       [1]
     maklumat  berkenaan dengan produk yang dikeluarkan.
     memberitahu kelebihan produk yang dikeluarkan berbanding dengan produk pesaing
     menerangkan tentang harga, kualiti, kegunaan dan tentang ciri-ciri produk.                                                                                                                                          [1]

Meningkatkan jualan                                                                                       [1]
     memujuk pelanggan membeli
     menjadi pengguna setia
     meningkatkan syer pasaran apabila jualan meningkat.                             [1]

Menstabilkan jualan.                                                                                       [1]
     mengekalkan pengguna yang setia
     pengguna akan mengekalkan penggunaan jenama yang digunakan.       [1]

Memberitahu ciri-ciri produk.                                                                                     [1]
     ciri-ciri melambangkan imej khusus produk dengan pesaing yang lain.
     menggambarkan kehebatan produk berbanding pesaing
     produk akan mendapat tempat di dalam pasaran.                                   [1]
[2x4m = 8m]

ii.     maksud campuran promosi dan elemen.
Kombinasi antara aktiviti-aktiviti seperti pengiklanan, promosi jualan, jualan bersemuka dan publisiti yang digunakan untuk mempromosikan sesuatu produk.

Empat elemen campuran promosi
Pengiklanan                                                                                                                     [1]
     komunikasi tidak langsung yang dibayar oleh pengeluar kepada media dengan tujuan mempromosikan dan meningkatkan jualan produk.
     kumpulan sasaran yang besar
     memberitahu maklumat, memujuk dan perbandingan.                           [1]

Promosi jualan.                                                                                                   [1]
     menawarkan insentif jangka pendek untuk mendorong tindakan terus daripada pelanggan, syarikat dan orang tengah membuat pembelian.
     tindakbalas cepat
     contoh; kupon dan potongan harga.                                                                   [1]

Publisiti dan perhubungan awam                                                                                   [1]
     penghebahan produk atau perkhidmatan melalui berita yang disiarkan melalui media massa.
     PA ; komunikasi yang dibentuk untuk mengekalkan imej syarikat yang baik, hubungan dengan pemegang saham dan menerangkan matlamat syarikat.                                                                                                       [1]

Jualan bersemuka.                                                                                                          [1]
     interaksi peribadi antara penjual  dengan pembeli
     cara terbaik memujuk seseorang membeli barangan.
     dapat menganalpasti bakal pelanggan.                                                    [1]

7. (a) Definisi [1m]
Kemahiran teknik ialah kebolehan pengurus mengendali mesin, peralatan atau teknologi                                                                                                                                [1]
Contoh pengurus bawahan                                                                                               [1]
Kepentingan:  [1] x 3
     Amat penting kerana mampu menggerakkan operasi harian sesebuah perniagaan.
     Melibatkan segala aktiviti asas setiap bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknik.
     Pengetahuan teknik ini akan membantu seseorang untuk memahami tugas dan masalah orang dengan lebih baik lagi.

(b) Perbezaan
Kemahiran Konsep
Kemahiran Teknik
Digunakan oleh pihak pengurusan atasan dalam menentukan matlamat organisasi
Digunakan oleh pihak pengurusan bawahan dalam melaksanakan operasi hariannya.
Kemahiran ini digunakan untuk merangka hala tuju dan membentuk rancangan strategik
Kemahiran ini melaksanakan perancangan operasi syarikat
Memerlukan pengurus melihat keadaan di persekitaran yang mana boleh membantu perkembangan operasinya atau sebaliknya
Kemahiran ini melibatkan pengoperasian mesin, peralatan, komputer dan sebagainya.
Pembentukan rancangan ini untuk tempoh jangka masa panjang
Keperluan kemahiran ini untuk meneruskan operasi harian                                                                    
[1 x 8 = 8]

(c) Proses membuat keputusan rasional oleh En. Mahmud ialah:
i.      Mengenal pasti masalah
     membuka kedai gunting rambut di lokasi yang strategik
ii.     Mengutip dan analisis data
     maklumat tentang pilihan lokasi kedai gunting rambut.
iii.    Mencari alternatif
     senaraikan setiap pilihan lokasi di sekitar Bandar Kota Bharu
iv.   Menilai alternatif
     berdasarkan kekuatan dan kelemahan setiap lokasi yang disenaraikan
v.    Memilih alternatif terbaik
     lokasi yang paling menguntungkan dan mempunyai kekuatan yang banyak
[Isi 1m x 5 + Huraian 1 ½ m x 5  = 7 ½  mak 12]


8. (a) alat membuat keputusan mengatasi ketegangan
i.      Analisa Tulang Ikan/ sebab akibat 
     model grafik yang berbentuk tulang ikan
     digunakan untuk mengenalpasti punca-punca sesuatu masalah
     sesuatu masalah/akibat dilukiskan sebelah kanan
     tulang-tulang mewakili sebab-sebab utama sesuatu masalah
     empat aspek ditekan iaitu mesin, manusia, kaedah dan bahan
     teknik percambahan fikiran digunakan
     fokus diberikan kepada punca-punca masalah utama
     alat membuat keputusan kualitatif
                                                               [mana-mana 5 huraian, [1] x 5 =5m]

ii.     Pokok keputusan
     model grafik yang dibina secara berurutan
     simbol-simbol seperti bulatan, anak panah dan kotak digunakan
     menyatakan kelebihan dan kebarangkalian setiap tindakan diambil
     kebarangkalian digunakan untuk melihat risiko setiap cadangan
     nilai jangkaan kewangan akan digunakan untuk memilih alternatif/hasil
     alat membuat keputusan kuantitatif
     digunakan menganalisis masalah pada pelbagai tahap
                                                               [mana-mana 5 huraian, [1] x 5 =5m]

   (b) (i) tanda-tanda ketegangan
     Penurunan tahap kesihatan
     letih, kurang berupaya/tenaga dan sering sakit,darah tinggi, sakit jantung
     Perubahan tingkah laku
     peningkatan keganasan, banyak makan,minum minuman keras.salah guna dadah
     Perubahan sikap
     murung dan mengelak diri, panas baran
     Penurunan prestasi
     hasil kerja yang semakin merosot, penurunan produktiviti dan sering tidak hadir ke tempat kerja/ kadar lantik henti tinggi
         [Fakta ½ , huraian ½  = 1 x 4 = 4 m]

(ii) punca yang menyebabkan berlakunya ketegangan
     Keadaan tempat kerja yang kurang memuaskan                                                   [1]
     keluasan ruang, kepadatan, persekitaran dalaman dan luar pejabat, kerosakan peralatan
     kotor, panas, tiada tempat duduk selesa
     iklim organisasi / suasana tempat kerja
     Konflik peranan                                                                                                    [1]
     peranan yang berbesa
     pelbagai bentuk permintaan daripada kumpulan atau individu berbeza
     menjadi keliru – yang mana perlu diberi keutamaan
     Kekurangan sokongan sosial                                                                                 [1]
     pekerja dengan majikan
     pekerja dengan pekerja
     selalu ditindas dan ditekan
     Kekaburan peranan                                                                                               [1]
     tidak pasti tentang peranan sebenarnya
     tidak pasti tentang sejauh mana boleh menggunakan autoriti
     kepada siapa mereka bertanggungjawab
     Keperluan kerja                                                                                                     [1]
     pekerjaan yang melibatkan pembuatan keputusan, pengawalan yang serius
     pekerjaan yang tidak berstruktur
     Struktur organisasi                                                                                                [1]
     polisi, prosedur, sistem, birokrasi, kepimpinan
     Terlalu banyak / terlalu sedikit kerja                                                                     [1]
     melakukan pelbagai kerja di luar kemampuan

   (c) Tabii berorientasikan matlamat.
i.      Memulakan setiap projek berpandukan matlamat yang telah ditetapkan.
ii.     Matlamat memudahkan individu melakukan sesuatu tugas yang baik.
iii.    Matlamat menentukan hala tuju yang harus diikuti dalam usaha menyempurnakan sesuatu kerja.
iv.   Semua individu perlu mengetahui keutamaan tugas masing-masing.
v.    Pelaksanaan perlu disusun mengikut kepentingan dan tidak harus ditangguhkan sehingga saat terakhir.                                                                                                                                                                                         [5]






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA