#LuahkanPerasaan

Sesungguhnya

Allah tidak pernah meninggalkanmu...

Akulah yang buta terhijab memandang Nya...

Kerana mengharap sesuatu ganjaran

engkau terhijab melihat Nya...

Allah cemburu bila mana engkau

mengharapkan sesuatu selain-Nya...

Syurga itu makhluk,

Ketenangan itu makhluk,

Dan segala sesuatu yang

engkau masih mampu berfikir itu

adalah makhluk yang benar-benar

menghalang pandangan Mu
memandang Nya....

Berharaplah detik pertemuan dengan Nya  sahaja...

Syurga kemudiankan dahulu...

tanpa menisbahkan sesuatu kepada Nya....

Pernah sahabat ku merintih dalam dakapan doa merayu lalu berbicara...

"Ya Allah..!
Andai dalam neraka itu terdapat rahmat kasih sayang Mu...
Hamba rela terjun ke dalam nya.."

Sahabatku...

Ramai hatinya terseksa di neraka dunia

lalu Allah mengangkatnya menjadi sang kekasih.....

lalu diberi syurga dunia ini....

Dan diberi minuman cinta

tiada tara kelazatannya

Mohonlah pada Nya...

semoga dipinggiran waktu nan tersisa ini

aku kamu dan seluruhnya diangkat kehadirat Nya...

Tetapi kebaikkan itu lah yg menambat  Jiwa....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAJIAN AM esei MODAL INSAN

Pertubuhan Negara-negara Islam - PENGAJIAN AM SEM 2

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 RAGAM BAHASA